Oleh: asmacs | April 3, 2008

PENANAMAN KOPI LIBERICA

PENDAHULUAN

Kopi jenis Liberica banyak terdapat di negeri Johor, Kedah dan Selangor yang diusahakan oleh pekebun kecil serta tunggal atau selingan dengan tanaman-tanaman lain seperti kelapa dan buah-buahan. Tanaman kopi ini boleh terus memberi hasil yang baik selama 25-30 tahun.

Permintaan kopi serbuk negara yang diperbuat daripada Liberica telah meningkat dengan pertambahan penduduk dan pengeluaran dijangka tidak mencukupi disebabkan beberapa faktor terutamanya penggunaan baka yang tidak terpilih serta pokok yang telah tua dan kurang berhasil.

Penggunaan baka terpilih telah diperkenalkan oleh MARDI pada tahun 1992 melalui baka polihibrid MKL 1 (MARDI Kopi Liberica 1). Lanjutan dari ini satu lagi program pemilihan jangka sederhana telah juga dijalankan bertujuan untuk mendapatkan baka-baka yang lebih baik melalui pewujudan baka klon. Melalui program ini tiga klon yang terbaik telah dikenalpasti iaitu MKL 2, MKL 3 dan MKL 4.

KELEBIHAN ABKA KLON

Perbezaan antara baka klon terpilih berbanding dengan baka biasa dan polihibrid adalah seperti dalam Jadual 1. Antara kelebihan klon terpilih ini ialah:-

Jadual 1:

Masa Klon Biasa Polihibrid
MKL 2 MKL 3 MKL 4

Potensi hasil kopi jambu (t/ha)

21-25 20 – 26 23 – 28 11 – 19 14 – 22
Potensi hasil kopi beras (t/ha) 1.9 – 2.2 2.0 – 2.6 2.0 – 2.3 0.9 – 1.7 1.3 – 2.1
Berat 100 buah kopi jambu (gm) 501 – 532 485 – 519 595 – 648 410 – 524 491 – 543
Berat 100 biji kopi beras (gm) 29.6 – 30.2 25.4 – 29.3 26.3 – 29.8 23.2 – 28.2 27.4 – 28.1
Umur mula berbunga (bulan) 7 – 9 7 – 9 7 – 9 15 – 19 12 – 16
Umur penuaian pertama (bulan) 18 – 20 18 – 20 18 – 20 26 – 30 23 – 27

*Potensi hasil yang lebih tinggi memberi pulangan pendapatan yang baik serta penurunan kos pengeluaran.

*Saiz kopi jambu dan beras yang besar meningkatkan mutu dan mempercepatkan kerja memetik buah.

*Tempoh matang yang lebih awal memberi hasil yang lebih cepat.

*Baka klon boleh digunakan untuk membaikpulih pokok yang kurang berhasil melalui cantuman dewasa.

*Mutu dan citarasa minuman kopi dapat dikekalkan.


POTENSI BAKA KLON

Pulangan yang lebih tinggi dapat diperolehi dengan menggunakan baka-baka klon kopi liberica untuk penanam. Purata hasil, saiz kopi jambu dan kopi beras adalah lebih baik berbanding dengan baka polihibrid yang disyorkan sebelum ini.

Pendapatan bersih tahunan daripada penjualan kopi jambu dan kopi beras dalam tempoh 25 tahun penanaman dianggarkan sebanyak RM3,467 dan RM5,915 berbanding dengan RM2,318 dan RM4,266 bagi baka polihibrid. Begitu juga kos pengeluaran sekilogram kopi jambu dan kopi beras boleh dikurangkan disamping meningkatkan pulangan kepada buruh keluarga.

Oleh itu disyorkan supaya klon-klon ini digunakan sepenuhnya samada untuk penanaman baru, sulaman atau pemulihan pokok-pokok dewasa. Pembiakan boleh dilakukan secara cantuman menggunakan sion sulur air dan dahan, cara cantuman baji digunakan pada pokok penanti anak benih dan sulur air pokok dewasa dan cara cantuman tempel/selit pula digunakan pada kulit pokok penanti dewasa yang tiada bersulur air.

BENIH TANAMAN

Benih-benih tanaman boleh diperolehi dari:-

*Pusat Pembangunan Komoditi Parit Botak, Johor
*Pusat Pembangunan Komiditi Jorak, Johor


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: