Oleh: asmacs | April 3, 2008

PENANAMAN KOPI ROBUSTA

PENDAHULUAN

Kopi Robusta ialah sejenis tanaman minuman yang berasal dari kawasan tropika di bahagian yang berasal dari kawasan tropika di bahagian Barat Afrika. Kopi ini bermutu tinggi dan sesuai diproses untuk dijadikan bahan utama dalam pembuatan kopi segera disamping kopi arabica.

Permintaan terhadap kopi robusta kini semakin meningkat selepas sebuah kilang membuat kopi segera didirikan di negara ini. Bagi memenuhi permintaan tersebut penanaman kopi robusta digalakkan ditanam bagi mengurangkan import kopi ini dari negara luar. Di Semenanjung Malaysia, kopi ini banyak ditanam di negeri-negeri di sebelah utara terutamanya di Kedah. Permintaan terhadap serbuk kopi robusta juga tinggi di kawasan ini.

CIRI-CIRI POKOK DAN BUAH KOPI ROBUSTA

Pokok kopi ini kecil, berbentuk payung dan tingginya mencapai tiga meter sekiranya tidak dicantas. Daunnya lebih besar, berkerut dan nipis jika dibandingkan dengan kopi liberica. Bunganya keluar serentak dari ketiak daun, berwarna putih dan berkelompok-kelompok.

Bunga kopi yang masih muda bewarna hijau dan akan bertukar menjadi merah tua apabila masak. Jangkamasa dari berbunga untuk menjadi buah yang matang ialah di antara 8 hingga 10 bulan. Buah kopi berbentuk bulat, berkulit nipis dan berukuran 0.8 hingga 1.5 cm garispusat. Nisbah berat antara buah basah dan biji kering ialah 3:5:1 hingga 5:5:1 bergantung kepada keadaan sekitar. Bagi setiap sastu kilogram berat terdapat lebih kurang 3,500 biji kopi kering. Biji kopi kering mengandungi antara 2 hingga 2.5 peratus caffein. Peratus kandungan ini adalah tinggi berbanding dengan kopi liberika (1.5 – 1.6%) dan arabica (1- 1.5%).

KESESUAI IKLIM DAN TANAH

Kopi ini sesuai ditanam di kawasan-kawasan yang mendapat taburan hujan tahunan antara 1,000 mm hingga 2,500 mm. Sukatan suhu yang sesuai pula ialah diantara 180oC. Pokok kopi robusta memerlukan satu jangkamasa kemarau walaupun singkat untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan menghalang pertumbuhan tampang. Sesuai ditanam di kawasan tanah pamah dan juga tanah tinggi tetapi sebaik-baiknya ialah di antara 300 meter hingga 750 meter dari paras laut.

Umumnya ciri-ciri tanah yang sesuai untuk penanaman kopi robusta ialah:-

*Tanah subur yang dalam, sekurang-kurangnya 1.5 meter dan tiada lapisan keras
*Banyak mengandungi bahan organik
*Tanah gembur dengan pengudaraan dan saliran yang baik
*Berkeupayaan menyimpan air
*pH tanah antara 5 hingga 6.5

PENANAMAN

Penyediaan Anak Benih:

(a) Daripada Biji Benih

Biji benih disemai ke dalam kotak semaian mengikut jarak 3 cm antara baris dan 2 cm dalam baris. Pasir halus ditabur untuk menutupi biji benih tersebut. Semasa menyemai pastikan permukaan biji yang berlekuk di bahagian bawah. Kotak semaian hendaklah diletakkan di bawah lindungan (50%) dan disiram dua hingga tiga kali sehari.

Biji benih akan bercambah 6 hingga 10 minggu selepas disemai. Anak-anak benih diubah ke dalam polibeg di peringkat butang atau di peringkat dua daun pertama.

 

 

Selepas dicabut akar-akar anak benih direndam dalam air dan kemudian dicelup ke dalam air lumpur untuk memberatkan anak akar dan memperbaiki sentuhan dengan tanah dalam beg. Kemudian anak benih dipindahkan ke dalam polibeg dan diberi naungan sebanyak 50 peratus. Anak-anak benih boleh diubah ke ladang selepas 5 hingga 6 bulan di tapak semaian.

(b) Daripada Keratan

Keratan diambil daripada bahagian tengah pucuk air yang hijau matang daripada pokok-pokok yang terpilih. Pilih nod ketiga hingga ketujuh pada pucuk air tersebut untuk dijadikan keratan. Setiap keratan dibuat dengan memotong pada jarak 6 cm di bawah nod dan 1 cm hingga 2 cm di atas nod. Sebahagian daunnya eloklah dipotong. Jika perlu, keratan dibelah dua. Bubuh hormon di permukaan bawah keratan untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

Keratan-keratan ini disemai sedalam 5.5 cm dan jarak setiap keratan ialah 6 cm antara baris dan 3 cm dalam baris. Naungan sebanyak 60% diberikan kepada siram sehingga betul-betul basah. Kotak semaian hendaklah ditutup dengan lapisan plastik dan disiram dua minggu sekali.

Keratan akan berakar dalam masa 2 hingga 3 bulan. Keratan yang berakar ini direndam kemudian dicelup ke dalam air lumpur dan ditanam ke dalam polibeg di paras nod. Anak pokok perlu disiram setiap hari supaya sentiasa lembab.

Cara menanam di ladang dan penjagaan seterusnya adalah sama bagi kedua-dua jenis anak pokok samada daripada biji benih atau keratan.

Penyediaan Tanah:

Terlebih dahulu kawasan penanaman hendaklah dibersihkan. Di peringkat awal pertumbuhan, pokok kopi memerlukan 20 hingga 40 peratus naungan. Oleh itu pokok naungan seperti petai, ditanam terlebih dahulu atau dipilih dari pokok yang sedia ada.

Selepas kawasan dibersihkan, lubang tanaman berukuran 50 cm x 50 cm x 50 cm digali. Jarak antara lubang-lubang tanaman tersebut ialah 2.75 m hingga 3 m antara barisan dan 1.25 meter hingga 3 meter dalam barisan. Semasa menggali asingkan tanah lapisan atas dan lapisan bawah, kemudian tanah tersebut digaul dengan baja ternakan dan baja “superposfat”. Beberapa hari sebelum menanam masukkan kembali tanah lapisan atas dan diikuti tanah lapisan bawah.

Menanam:

Enam minggu sebelum menanam anak pokok perlu menjalani proses pengerasan dengan mengurangkan naungan secara beransur-ansur sehingga semua naungan dibuang pada peringkat dua minggu ditanam di ladang. Sebaik-baiknya penanaman dijalankan di awal musim hujan.

Sebelum diubah ke ladang, anak pokok hendaklah disiram dahulu. Beg politin dibuang dan bahagian bawah anak pokok dipotong sepanjang 2.5 cm sebelum ditanam. Selepas ditanam berikan naungan sementara kepada anak pokok.

Pembajaan:

Pokok kopi robusta memerlukan pembajaan yang baik pada semua peringkat pertumbuhan. Kadar pembajaan bergantung kepada umur pokok dan banyaknya baja yang masih ada dalam tanah. Sebagai panduan, jadual pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Peringkat Tanaman Jenis Baja Kadar Kekerapan
Anak semaian Larutan urea 0.001%
(15 gm urea + 15 liter air)
2 bulan sekali
Dalam lubang tanaman Tahi lembu atau baja
ternakan dan CIRP
5 kg (1 pungkis) 250 gm sekali sahaja
sebelum menanam
Anak pokok di ladang (tahun pertama) Urea 20 gm sepokok (2 sudu
besar) di keliling pokok
2 bulan sekali
hingga akhir tahun
Pokok kopi (tahun kedua) Baja campuran 15:15:15 150 gm sepokok setahun
di keliling pokok
2-3 kali setahun
Pokok kopi (tahun ketiga & berikutnya) Baja campuran 12:12:17:2
+ unsur pekit
1 kg sepokok setahun
(di keliling pokok)
dilabur sekaligus
atau di bahagia dua


MEMUNGUT HASIL

Kopi robusta mula berbunga 9 bulan selepas ditanam. Buah-buah kopi akan matang dan boleh dipungut 8 hingga 10 bulan kemudian. Hasil yang tinggi boleh diperolehi selepas empat tahun ditanam iaitu lebih kurang 600 hingga 1,900 kilogram sehektar. Tempoh masa ekonomik bagi pokok kopi robusta ialah diantara 10 hingga 12 tahun, tetapi dengan sistem cantasan dan kawalan penyakit serta perosak yang baik, pokok boleh mengeluarkan hasil sehingga suatu jangkamasa yang tidak terhadap


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: